Friday, April 17, 2009

SATU PENERBANGAN.....

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.


1. penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
2. bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

3. bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
4. pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.

5. pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.

6. visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

7. pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

8. layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

9. destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
10. ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

11. pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
13. lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

14. destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
15. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

16. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
17. Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

18. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

19. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!


20. Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!



Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA??

Wednesday, April 15, 2009

ITS ALLL ABOUT DAIHATSU AND PERODUA

Aku rasa dah smpi masa kot aku nk ubah baju kete aku tuh..ada sen buat lah aku skit.tapi tuh lah..masalah besar big boss aku tuh..kompom jadik Goku Super Saiya peringkat ke tujuh kot,cm adik aku kena..huhu, Kete nih lagik kecik lagi mahal regenya, So nih antara gambar sebagai guideline utk transform dari Kenari ke Aerodown atau American Metal...

American Metal 1 (Rear Pic.)

American Metal (Rear Pic.)


Nih pun leh tahan gak dari

Daihatsu Aerodown Aero Magic Jr.

Aerodown Aero Magic Jr (Front Pic.)


Nak wat sekali gus mmg tak dapek jack..Kena wat dari masa ke semasa..Nnti aku nk update lak kete aku yg sebenar ..selepas usha barang dalam Mudah.com. reger bumper depan jerk dlm RM 300,itu blakang jerk, Roof Rack dah dekat RM200, belum campur tail lamp RM280-Rm350...Huh mau2 luar jerk nak wat dah dekat RM1k, blum campur cat lagik satu body lagik..takde simpanan lah nak kawen aku nampak nye..hahaha..jgn mare ekk..

Monday, April 13, 2009

PENGORBANAN (ku tujukan kepada rakan2)

Telah dua bulan musim hujan berlalu. Pepohon tampak menghijau dari jauh, saujana mata memandang. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang- goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang. "Oh,kamu ulat. Badanmu kelihatan begitu kurus dan lemah sekali,mengapa?" Tanya daun hijau. "Sudah aku mencari-cari dedaun hijau sebagai makananku hari ini tetapi hampa. Adakah engkau sudi untuk membantu"? tanya ulat kecil.

"Tentu sekali. Datanglah lebih dekat," ujar si daun sambil didalam hatinya berkata, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat aku akan tetap hijau. Cuma badanku akan kelihatan berlubang- lubang. Tapi tidak mengapalah."

Setelah kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang rela menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun.

Sekalipun tubuhnya kini berlubang disana sini namun ia berasa sungguh puas hati dan gembira kerana dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar. Tidak lama berselang,ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah disapu orang lalu di bakar.

Mesejnya, apa yang terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja sesama kita? bukankah dunia ini fana? Pada akhirnya semua yang ada akan mati jua.

Berkorban kesenangan dan kepentingan diri sendiri demi kepentingan orang lain sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi indah. Ketika bekorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi kehidupan kita kerna kita akan tetap menghijau.

Bagi daun hijau, berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat rakan- rakan penghuni alamnya yang lain tersenyum riang kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari tidak akan selamanya hidup sebagai daun hijau. Suatu hari ia akan kering dan jatuh


Jadikan lah pengorbanan itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa nikmat serta kepuasan peribadi yang tersendiri. Yang mana sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang senang memberi.

DARI KESEMPURNAAN

Kenapa ada antara kita yang mencari kesempurnaan dalam mencari pasangan?.

ERTI SAHABAT

Sahabat umpama "Tangan Tuhan" untuk menjaga kita.

Rasa Hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi jangan pernah menyesal untuk

bertemu dengan orang lain.


Menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.


Bertemankanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan di kala kamu senang dan perisai di waktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.
Kerana semua manusia itu baik kalau kamu mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu mampu melihat keunikannya.
Tetapi... semua manusia itu akan buruan dan membosankan kalau kamu tidak bisa melihat kedua-duanya sekali.

Tak seorang sempurna bukan? Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah insan yang bijak.
Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah.
Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada dihadapan kita adalah perkara kecil