RESEPI MASAKAN

Kerutup Udang

BAHAN-BAHANNYA :-
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa


A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar


B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga


C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar




CARA MEMBUATNYA :-)

1.       Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
2.       Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
3.       Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
4.       Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka.


Ikan Keli Berlada

Bahan-bahan ( 5 orang )
·         5 ekor ikan keli sederhana besar
·         1 keping asam gelugur/asam keping
·         secubit gula
·         secubit garam dan kunyit
·         minyak untuk menumis
·         Bahan dikisar :
·         20 biji cili api
·         10 biji cili merah

Cara-cara
1.   Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
2.   Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
3.   Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
4.   Angkat dan tuang di atas ikan keli goreng tadi.....


Ikan Kembung Percik Ala Kelantan Stail.
Bahan Bahan:
8 Ikan kembung
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
2 ulasBawang putih
1 btg Serai
3 hiris Lengkuas
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted accor din g to my tastebud.


Cara2:
1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yg lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya. 



Sup Ekor

Bahan-bahan:
 125 ml @ 1/2 cwn. minyak sayuran
500g ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih/halus serbuk
1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk
1.5 sudu besar tomato puri
1.5 liter @ 6 cwn. air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadu
garam
lada hitam yg. baru dikisar
daun ketumbar, dhiris-hiris
bawang goreng

Rempah Tumis
 4 bj. buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus-halus 

10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
1cm halia, dikupas

Cara:

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.

2. Di dalam minyak yg. sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.

3. Tambah ketumbar, jintah putih/halus, dan juga jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.

4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.

5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

6. Hias dgn. daun ketumbar dan bwg. goreng sejurus sebelum menghidang.

Nota: Untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dgn. menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurang menjadi 1 liter atau 4 cawan sahaja.


Daging Bakar & Sos Bawang Putih

BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
Garam dan lada sulah secukup rasa

BAHAN SOS BAWANG PUTIH:
200ml stok perang | boleh didapati di pasar raya
10gm bawang putih | dicincang
5gm mentega
5gm roux (agen pemekat)
5gm herba campuran | oregano, thyme, basil
& rosemary
1 helai daun salam
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Untuk daging, perapkan bersama garam dan lada sulah.
2. Bakar sehingga masak.
3. Untuk membuat sos, tumis bawang putih bersama mentega sehingga keperangan.
Masukkan stok perang dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan herba campuran dan daun salam.
5. Pekatkan sos dengan roux dan tambahkan garam.
6. Hidangkan bersama daging bakar tadi.
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:black;background:white'>lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,...da siap dah boleh makan dengan nasi panas,tapi sebelum tu sediakan air lebih sikit untuk yg x tahan pedassss.... 


DAGING EMPAL HITAM
Bahan-bahan:
1kg daging - dipotong 8
3 biji buah keluak
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
2sm lengkuas
1 biji kelapa - diambil santannya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara memasak:
1. Pecahkan buah keluak dan ambil isinya kemudian direndam hingga lembut.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas dan cili kering hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan sedikit santan dan kacau rata.
4. Masukkan buah keluak bersama daging dan biarkan masak hingga lembut dan kering.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan hidangkan.


Udang Kara Masak Pinang

Bahan-bahan:
 1 ekor udang kara - isi dikeluarkan potong sederhana
 1kg santaan
 5 batang serai - diketuk
 4 helai daun limau purut
 2 helai daun kunyit
 3 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
Gula pasir secukup rasa

Bahan A (Dikisar):
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3cm lengkuas
3cm halia
10 tangkai cili kering
1 sudu teh ketumbar (di goreng tanpa minyak)


Cara memasak:
 Masukkan udang, santan, daun limau purut, kunyit, serai dan bahan A ke dalam kuali.
 Masak dengan api sederhana sambil di kacau hingga masak.
 Apabila agak kering, masukkan kerisik, garam dan gula pasir secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga kering.
 Sedia dihidangkan.

Resipi Ayam Golek

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 biji bawang merah
½ sudu teh serbuk kunyit
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
7cm halia
3 batang serai - dititik
5 sudu makan minyak
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk ketumbar
150gm kismis
10 biji cili kering
300ml santan pekat
Garam secukup rasa


Cara memasak:
1. Rebus ayam seekor dengan memasukkan bawang dan serbuk kunyit. Setelah masak toskan ayam.
2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga kekuningan.
3. Untuk bahan kuah: Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis semua bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
4. Selepas itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Kacau hingga wangi.
5. Seterusnya masukkan santan dan kismis yang telah dikisar masak hingga agak pekat.Tambahkan garam secukup rasa.
6. Letakkan ayam dalam pinggan yang cantik, tuangkan kuah dan hias dengan cantik untuk majlis makan beradab.

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan ( 2 orang )
· 1 ekor ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air  asam             jawa dan garam kasar)
· 10 biji cili api/ 5 biji cabai tanduk (boleh + klau nk pedas)
· 2 biji bawang merah
· 1 ulas bawang putih
·  Sebatang serai
·  1 inci kunyit hidup
·  semangkuk santan/500ml
·  garam dan perasa secukupnya
·  sedikit garam halus dan serbuk kunyit
·  2 keping asam keping
·  1 biji buah tomato & daun kunyit (ikut suka tak letak pun jadi gak)

Cara-cara
· ikan yg telah dibersihkan,diperap dgn garam halus dan serbuk kunyit,..gorengkan ikan jgn terlalu garing dan ketepikan.
· tumbuk cili api + bawang merah + bawang putih + serai dan kunyit hidup.
· tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (pecah minyak)
·masukkan pati santan,asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap. perasakan dengan garam n serbuk perasa.
· lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,...da siap dah boleh makan dengan nasi panas,tapi sebelum tu sediakan air lebih sikit untuk yg x tahan pedassss.... 

Grilled Chicken Bruschette
Bahan-bahan:
2 keping roti French Baguette | boleh didapati di kedai bakeri
100gm dada ayam
30gm lada benggala merah
30gm lada benggala hijau
30gm zuchinni
30gm terung
5gm badam bakar
1 keping keju cheddar | dihiris
Sos mustard secukupnya
Daun parsli secukupnya


Cara memasak:
1. Bakar roti French baguette sehingga garing.
2. Susun bahan-bahan hirisan di atas roti.
3. Kemudian taburkan hirisan keju cheddar di atasnya.
4. Bakar roti pada suhu 180ºC selama tiga minit untuk mencairkan keju.
5. Seterusnya paipkan sos mustard secukupnya.
6. Akhir sekali, taburkan badam bakar dan daun parsli.
7. Sedia untuk dimakan.


Chicken Fajitas

Bahan-bahan:
5 ketul dada ayam
1 biji bawang besar
1 biji cili benggala merah
1 biji cili benggala hijau
Minyak untuk menumis


Bahan perapan:5 sudu makan oregano
5 sudu makan jintan putih
5 sudu makan gula
2 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
11/2 sudu makan serbuk cili
500ml cuka
500ml minyak jagung
250ml jus lemon
63ml kicap Kikkoman (boleh didapati di pasaraya)


Cara memasak:
1. Untuk membuat bahan perapan, satukan kesemua bahan di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati. Ketepikan.
2. Seterusnya perap dada ayam selama 30 minit dengan bahan perapan tadi.
3. Kemudian panggang ayam di atas gril pada suhu 350ºF.
4. Setelah itu, sapukan ayam dengan lebihan bahan perapan. Panggang sehingga masak.
5. Apabila sudah masak, letakkan ayam di dalam pinggan bersama bawang besar, cili benggala hijau dan merah yang ditumis tadi.
6. Sajikan bersama roti tortilla, krim masam, Pico de Gallo dan parutan keju cheddar.
7. Sedia untuk dinikmati.


BERGEDIL


Bahan-bahan:
-5 biji kentang (direbus sampai lembut)
-Daun Sup (dicincang)
-Sedikit Bawang goreng
-Lada Sulah
-1/3 paket Daging Cincang Ramlee
-2 biji telur
-Sedikit tepung gandum
-Minyak masak

Cara-cara:
-Lenyek kentang yang telah direbus sampai lumat.
-Masukkan daging cincang,lada sulah, garam,gula, bawang goreng,dan daun sup.gaulkan biar rata.
-Bentukkan bulat-bulat (ikut saiz yang disukai).
-Panaskan kuali +minyak masak.
-Salutkan bergedil dengan tepung gandum dan kemudiannya telur sebelum menggurengnya...
-Goreng sampai warna keemasan..
-Sedia Dimakan:)





KUAH SATE / KUAH KACANG UNTUK NASI IMPIT
Bahan-Bahan:
180 gm kacang tanah (goreng dan tumbuk separuh hancur)
2 sudu kecil asam jawa
5 sudu kecil gula
1 ½ sudu kecil garam 

Bahan-bahan kisar:
15 biji cili kering
2 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
3 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
5 biji buah keras
1 ½ cm belacan
Cara:
1. Kisarkan terlebih dahulu cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras dan belacan sehingga benar-benar mesra.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga terbit minyak.
3. Setelah itu masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi (anda boleh memasukkan santan jika perlu).
4. Panaskan dengan api yang perlahan.
5. Seterusnya masukkan asam jawa, gula dan garam.
6. Masak selama 5 minit sebelum boleh dihidangkan bersama sate.
7. Sila jemput sanak saudara untuk menjamu selera...nyum...nyum... :P