Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,...
"Kita manusia boleh menghakimi orang, tapi kita manusia tak mampu membaca hati orang. Allah maha melihat, Allah mengetahui. Jika Allah nak tunjukkan kebenaran, ia tidak terhad dimana - mana, malah seseorang pengemis itu pun mampu menggocangkan hati kita yang kotor ini dengan kata - kata dengan IzinNya."
Friday, July 29, 2011
Thursday, July 28, 2011
Kisah Dalam Kapal Terbang
Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angeles ke Malaysia.
Tuesday, July 26, 2011
Mengapa kita lambat bertemu jodoh?
Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.
Monday, July 25, 2011
AKU PUAS..SUAMIKU MAT SALEH
Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia carikan jodoh utk aku…….
Saturday, July 23, 2011
Friday, July 22, 2011
Inilah Beberapa Tanda-tanda Manusia Akan Meninggal Seminggu Lagi
Sekadar Renungan Bersama...
Semua yang hidup pasti akan mati. Seperti apa proses kematian yang nantinya akan dialami oleh setiap makhluk hidup?
Semua yang hidup pasti akan mati. Seperti apa proses kematian yang nantinya akan dialami oleh setiap makhluk hidup?
Gol Kontroversi Chelsea VS Malaysia
Walaupun ada kontroversi pada gol ni, kalah atau menang pada team Malaysia..hanya 1 gol sahaja berjaya dibolosi. Rasanya Malaysia dah bijak mengawal perlawanan dan membaiki kesilapan yang telah terjadi pada perlawanan sebelum ini..(aku nak cakap banyak pown, bukan nya pandai dalam bola nih..maen winning eleven pown leh kalah ngan komputer..)
Anyway bak kata Mokhtar Dahari:- "If u shame with your own flag, change your own colours" ...
Tuesday, July 19, 2011
Cara Hack Channel Mustikal Kat Astro
Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika. Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma. Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :- HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY.. Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi. Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA. Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan. Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK! Korang cuba try test.
Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja. HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara. 1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'. 2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka. 3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika. 4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK. 5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj) 6. Tekan OK untuk pengesahan. 7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130. 8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK 9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK. 10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.) 11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV. 12. Langkah terakhir, tekan 130 13. Saksikan pratonton Mustika. 14. Untuk melanggan: i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU ii - SMS Mustika ke 32888; ATAU iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE. 15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan. Hahahhahaha...mana ada free Channel kat ASTRO ni...semua nak kena bayor ... Takkan aku sorang jer terkena kan....
LU KENA BAB !!!!!Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja. HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara. 1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'. 2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka. 3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika. 4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK. 5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj) 6. Tekan OK untuk pengesahan. 7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130. 8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK 9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK. 10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.) 11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV. 12. Langkah terakhir, tekan 130 13. Saksikan pratonton Mustika. 14. Untuk melanggan: i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU ii - SMS Mustika
copy from Google Groups
Lelaki Memang Suka "Menakutkan" Perempuan
P.S. : Aku sedang mendengar lagu Irwansyah – Perempuanku, bila aku perasan lirik dia tak puitis mana pun. Tak ada pulak dia mention pasal nak kira butir pasir ke, nak terlentang tertiarap terguling-guling dalam lautan lahar gunung berapi ke, nak berteriak-teriak tarik-tarik rambut sendiri ke apa.
Tapi entah, aku rasa lagu tu cukup manis sekali. Mungkin sebab lirik dia jujur, tak banyak putar-belit dan tak banyak menipu. Tak hipokrit. Polos.
Mungkin juga sebab melodi dia.
Atau mungkin sebab aku ni yang tak romantik langsung sebenarnya.
Alahai… TT^TT
Alahai… TT^TT
copy from my email...
Sunday, July 17, 2011
Akta15..
Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial…Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…
Hamid : “kita nak emanation nie?”
Rosni : “Tak kisah la…mana-mana pun boleh”
Hamid : “Apa kata kalau kita ke pantai..”
Rosni : “Saya ok aje…”
Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta..,mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta…Mulanya berbual biasa..lama-kelamaan..Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni…nampaknya Rosni tidak membantah…
Beberapa minit kemudian..Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas…Rosni masih tidak membantah…hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi…
Rosni berkata dengan sopan,”Abang Hamid…ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial”..
Setelah mendengarkan teguran Rosni itu…Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni…walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 tu…
Hamid : “Maafkan saya”
Rosni : “Tak apa”
Lalu mereka pulang…Di rumah..Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15…lalu dia membaca kandungannya berbunyi begini:
“Teruskan Usahamu…Jangan lakukan Separuh Jalan”
Hamid: Cisssss…………(dalam hati)
Saturday, July 16, 2011
Kasih Adik
Hanya satu kisah...
Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya
tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi
adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,
terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen
pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat
menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak
membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebaAb tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."
Wednesday, July 13, 2011
Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis?
Ikuti langkah berikut ini, Allah benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)
1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
3. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari bisa dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
5. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana anda menaruh cincin perkawinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan dapat dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Cinta suami isteri kekal abadi.
p/s : cantik x??..cantik x??..hahahahhaha….
Subscribe to:
Comments (Atom)














