Monday, June 29, 2009

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam

bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:

Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik.
Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU...




sEmPEnA hARI iBU aKU INGin mENgUCApkAN sELAMAT hARI iBU!!!.. i LUV U mAmA

Tuesday, May 5, 2009

Konvoi Genting- Janda Baik- KL












Pada 2.05.09 bermula lah satu perjalanan baru konvoi bersama rakan aku, dengan penyertaan 15 biji kereta bermula lah konvoi yg bermula dari Damansara TTDI melalui Kepong dan Selayang, konvoi kami dapat menarik perhatian tumpuan pemandu pemandu yg melalui lebuhraya MRR2, dengan kelajuan 90km-100km diikuti tanpa sebarang kesesakan lalu lintas praktikal konvoi kami dpat melepaskan hampir kesemua tekananan di tempat kerja..ha puas tak igt..
Selepas melalui tol menaiki Genting bermula lah kecekapan seseorang pemandu dan keegoan kereta nya melalui jln biasa tercabar apabila mendaiki Genting. Segala selekoh mendaiki bukit dgn berbekalkan sebuah kereta kompak diabadikan dalam kamera video beberapa pelancong dari Singapore...

Selepas melalui selekoh selekoh yg mencabar akhirnya GENTING HIGHLAND here we come...mgkin disebabkan ari nih ari cuti jadik dapat lah kelibat ramai org, pelancong di sini..Tujuan kami kesini hanya satu, Photoshoot utk diabadikan kedalam majalah K-Kompak versi akan datang..takde nye nk men atau nk lepak kat Starfucks pekena kopi dulu..



Dah susun cantik kereta kenari kami bermula sorang2 utk pose masing2 bersama kereta ..mcm macm aksi lah.. Aku pun tak nk lah lepaskan peluang nih utk posing juga...Alahai...

Dah abis posing manja dan macam2 posing lagik bergerak lah kami menuruni Genting...Sekali lagik..Pemanduan tercabar, teknik menuruni bukit dgn menggunakan gear yg sesuai dpat dilihat..Mulah ada yg brek nya berasap, gear tak sesuai bagi yg menggunakan kereta manual..


Akhirnya last destinasi kami adalah Janda Baik, Bentong...walau pun sesat akhirnya dpat juga kami jumpa dan ape lagik ..mandi lah ...wooohoooo

-report tak rasmi-

Friday, April 17, 2009

SATU PENERBANGAN.....

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.


1. penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
2. bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

3. bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
4. pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.

5. pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.

6. visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

7. pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

8. layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

9. destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
10. ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

11. pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
13. lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

14. destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
15. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

16. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
17. Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

18. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

19. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!


20. Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!



Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA??