Tuesday, October 4, 2011

29 Tahun..

 Alhamdulillah..Hari ini genap umur ku 29tahun..

Pengalaman banyak mengajar aku apa itu erti kehidupan. Apa itu persahabatan dan apa itu nilai kemanusiaan..

Hidup dan mati semula atau kehidupan kali ke-2 memang tak ramai dapat merasai keajaiban yang telah dikurnai kan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Dia masih lagi memberi aku peluang untuk melihat lagi dunia ini dan masih memberi aku peluang untuk menebus kesilapan pada dosa dosa yang telah aku yang hina ini telah lakukan.

Masih segar dalam ingatan..hampir 2 tahun setengah aku merana, aku menanggung kesakitan..Aku harap itu adalah balasan pada aku di dunia yang sementara ini...Wallahualam, bagaimana pula azab aku bila aku berada dalam dunia yang nyata..dunia dimana itu lah tempat tinggal kita selamanya...

Ramai kawan pun tak guna, kalau kita ataupun mereka tak pandai menjaga hati atau menjaga nilai sesebuah persahabatan.. Aku x nafikan, aku dah banyak kehilangan kawan..tapi bagi aku biar kita hilang ramai kawan, jangan hilang seorang sahabat. Tak guna aku memeningkan kepala kerana seorang kawan.

Aku tak mengharapkan wang ringgit atau masa. Aku mengharapkan mereka hormat dengan prinsip hidup aku..Prinsip yang menjadikan aku manusia yang berguna.

Bercakap tanpa memikir adalah bodoh. Cuba pandang cermin dan melihat diri sendiri..layakkah kita untuk menyalahkan orang lain. Layakkah kita untuk mengata mengenai orang lain..

Peluang..berapa banyak peluang yang kita perlu beri untuk seorang manusia yang hina?. kita semua manusia hina, tapi dalam kehinaan kita untuk kita disanjung tinggi dalam sesuatu perbuatan.

Aku banyak memendam rasa, hendak di luah mati emak ditelan mati bapak. Cukup lah dulu aku telah dipijak kepala dan di tikam dari belakang suatu ketika dulu. Tidak ada lagi Chal yang dahulu. Cukup bersyukurlah kalau aku menegur kalau ada yang silap, kerna aku tahu manusia takkan nampak kesalahan diri sendiri. Bicara aku bukan omong kosong, kosong umpama tin yg kosong. Bicara ku berdasarkan fakta, tapi bicara ku dalam sesuatu yang kasar.

Hanya bicara yang kasar mampu mengingatkan apa khilaf yang dilakukan..kelembutan tidak menjamin apa.

Tuesday, September 13, 2011

Surah Yang Mujarab





1. SURAH AL-FATIHAH



Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI’AH


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN


Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK


Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..




8. SURAH AL-IKHLAS


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


9. SURAH AL-FALAQ


Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Friday, September 2, 2011

Seandai dia bukan milik kita..


Ya Allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untukknya….


Aku tak sanggup menangung derita mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..


Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutup kan perasaan cintaku ini untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidup ku ya Allah…


Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku bersamanya….
Kehilanganya memang sukar ku terima….


Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujian mu ini Ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya lah padamu Ya allah….


Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya ya Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi miliku…


Aku telah merelakan dia pergi Ya Allah…
Aku terima dengan pilihanya Ya Allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…


Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….


Ya Allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam  kesedihan cinta ini Ya Allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba Ya Allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padamu Ya Allah..
Amin2…ya rabbal al amin….

credit to owner

Saturday, August 20, 2011

Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Adalah Di Larang Dalam Islam


  Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

Thursday, August 18, 2011

Handphone


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym.

Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut .

Tuesday, August 16, 2011

Pusat Membeli Belah Berhantu Di Johor Bahru


Semenjak aku belajar di negeri johor ni adalah banyak kali jugak aku jejak kaki ke bandar johor bahru tu..dah nama pun sampai tempat baru mesti lah aku rasa nak pergi jalan semua tempat..nak kenal tempat orang lah konon nya..

Wednesday, August 10, 2011

Ford Transit V8 drifting


perghh!!.. ford transit bole drift inikan pula kenari aku, kompom bole...speechless jap..

Monday, August 8, 2011

Rasuah orang susah..


KUALA LUMPUR: Tindakan gereja yang menggunakan pendekatan membantu golongan susah dan kemudian menarik mereka secara perlahan-lahan untuk menganut Kristian adalah rasuah yang tak bermoral.
Bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, perbuatan itu yang dilaksana pendakwah Kristian jelas terkeluar daripada ajaran sebenar agama terbabit yang mengetengahkan pembentukan moraliti. “Tindakan gereja itu satu rasuah yang tak bermoral apabila menggunakan orang susah, membantu mereka dan kemudian menarik mereka perlahan-lahan menganut Kristian.
“Kita tahu cara itu bukan ajaran Kristian sebab didikannya sangat mementingkan pembentukan moral, tapi apa yang dibuat itu adalah daripada pendakwahnya yang tidak bermoral.
“Kalaupun mungkin terdesak untuk mendapatkan penganut, mereka (gereja) tak boleh melanggar moral, nilai Kristian...tetapi apa yang saya bimbang golongan ini gunakan Kristian untuk rosakkan negara kita,” katanya, semalam.
Ahli Majlis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu menjelaskan, keamanan dalam Malaysia selaku negara Islam berkemungkinan besar dicemburui pihak tertentu yang cuba merosakkannya dengan pelbagai cara.
“Kami tahu negara Islam banyak yang bergolak disebabkan campur tangan negara asing, penjajah dan sebagainya, (jadi) saya bimbang ia berlaku di negara kita (menerusi pendekatan di gunakan gereja) sedangkan ajaran Kristian tidak membenarkan begitu.
“Tak ada masalah kalau mahu mengajar, ajarlah...tetapi jangan sampai menggunakan orang susah, konon membantu mereka dan tarik mereka untuk menukar agama.....tak wajar,” katanya.
Katanya, selain Jais, polis juga perlu sama menyiasat perkara terbabit sama ada wujud kemungkinan campur tangan pihak luar yang berselindung di sebalik gerakan gereja untuk mengucar-kacirkan keamanan negara.
Beliau juga bersetuju pembongkaran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap perkara itu suatu yang perlu dilakukan bagi menyedarkan semua pihak sekali gus menggerakkan usaha mengekang penularan aktiviti itu.
“Perkara ini kalau tidak didedahkan akan berlaku krisis agama....lagi parah seperti yang berlaku di negara lain, mungkin akan ada orang Islam ekstrim yang bertindak membakar gereja, kita tak nak ia berlaku.
“Jadi sudah tiba masanya umat Islam bersatu atas dasar akidah walaupun berbeza fahaman politik. Kita kena tegas dalam soal akidah. Jangan ada ahli politik yang menggunakan isu ini dalam tawar menawar politik,” katanya.

cer cuba baca yang ini pula, dan nilai kan..

KUALA LUMPUR: “Kita sedih perkara ini berlaku, malah ada yang menelefon saya pagi tadi (semalam) memberitahu bagaimana dia diperlekehkan ketika meminta bantuan daripada pihak berkuasa sedangkan katanya pihak gereja cepat bertindak.
Beliau mengulas tindakan segelintir umat Islam yang mendapatkan bantuan daripada pihak gereja, malah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya baru-baru ini membongkar segala-galanya. Metro Ahad semalam turut melaporkan luahan seorang wanita dikenali Nur yang tidak mempunyai pilihan lain, dan terpaksa menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja selepas mendakwa sering mendapat cemuhan. Mashitah memberitahu, wanita yang menghubunginya itu adalah salah seorang daripada individu terbabit yang menerima bantuan bulanan selepas dia gagal memperolehnya daripada saluran diusahakan pihak berkuasa.
Katanya, wanita berkenaan yang enggan namanya dikenali, turut mendakwa pernah memohon bantuan dengan pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak mendapat layanan sewajarnya menyebabkan dia kecewa.
“Saya mendengar rintihannya. Dia menceritakan bagaimana pengalamannya dengan pegawai bertugas, dengan pegawai agama yang tidak melayan permohonan bantuan seeloknya tetapi, memberikan pelbagai alasan...masih diproseslah...hari ini cuti dan sebagainya.
“Tetapi katanya, pihak gereja cepat bertindak, mereka bertanya dengan lembut, masukkan duit pun cepat...usaha ada apabila pihak berkenaan turun padang berbanding kita yang menunggu orang datang baru bertindak.
“Tak bermaksud menunding jari terhadap mana-mana pihak, sebaliknya sekadar menyampaikan apa yang disuarakan individu ini supaya dapat dinilai bersama....kalau ada kebenaran atas apa yang didakwa, kita perlu perbaiki...harus segera laksana,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Yang menjadi perkara pokok nya bukan kerna gereja² ini..tetapi pada pendapat aku ini semua adalah kerana kerumitan atau erti kata laen, karenah biokrasi yang ada pada pihak berkenaan dalam pemberian dana pada mereka yg benar² memerlukan.
“Memang ini dakwaan dia, tetapi kita kena siasat dan nilai kembali, adakah benar seperti apa dikatakan, jika betul kita harus bertindak mengubah apa yang patut,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.


SUMBER



Saturday, August 6, 2011

TIPS OF The daY


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut daripada badan. ianya akan berkumpul di dalam organ-organ penting badan manusia dan akan mengakibatkan kanser.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Masuk Air ke Sengal die nih...



lokasi tak tau lah kat mane, tapi yg pasti dalam MRT/ LRT...lawok lawok..~!!

Thursday, August 4, 2011

Bila handphone Tiada Coverage…


 Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan ‘pantang’ bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!
Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.
Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk ‘boost up’ coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!
Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.
Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :
Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.

Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod ‘ID. 10T’ tertera pada skrin hp anda.
Sekiranya kod ‘ID. 10T’ tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!
*Sila ambil perhatian;
Sekiranya kod ‘ID.10T’ tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
apa%c2%b2 aje Full Bar Coverage
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod ‘ID.10T’ tidak muncul di skrin hp anda.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod ‘ID.10T’ dah bertukar menjadi ‘IDIOT’ ! Sape tahu yer tak??



rm2

Jgn marah kalau dah terkena……
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul…tapi cobaan…..








~Sumber~

Wednesday, August 3, 2011

Doa doa Di Bulan Puasa

Berikut adalah doa doa sepanjang bulan Ramadhan. Semoga kita mendapat hidayah sepanjang bulan ramadhan ini..

Tuesday, July 26, 2011

Mengapa kita lambat bertemu jodoh?


Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.

Monday, July 25, 2011

AKU PUAS..SUAMIKU MAT SALEH

 Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia carikan jodoh utk aku…….

Saturday, July 23, 2011

Camaro Limousin..dah macaammmmm



tapi walau apa pon..aku jeles tgk dalam kereta nih..memang caree beb....


credit to:-Blog Serius

Friday, July 22, 2011

Inilah Beberapa Tanda-tanda Manusia Akan Meninggal Seminggu Lagi

Sekadar Renungan Bersama...


Semua yang hidup pasti akan mati. Seperti apa proses kematian yang nantinya akan dialami oleh setiap makhluk hidup?

Gol Kontroversi Chelsea VS Malaysia



Walaupun ada kontroversi pada gol ni, kalah atau menang pada team Malaysia..hanya 1 gol sahaja berjaya dibolosi. Rasanya Malaysia dah bijak mengawal perlawanan dan membaiki kesilapan yang telah terjadi pada perlawanan sebelum ini..(aku nak cakap banyak pown, bukan nya pandai dalam bola nih..maen winning eleven pown leh kalah ngan komputer..)


Anyway bak kata Mokhtar Dahari:- ‎"If u shame with your own flag, change your own colours" ...



Tuesday, July 19, 2011

Cara Hack Channel Mustikal Kat Astro



Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.   Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.   Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-   HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..   Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.     Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.   Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.   Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!     Korang cuba try test.

Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.   HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.     1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.   2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.   3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.   4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.   5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)   6. Tekan OK untuk pengesahan.   7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.   8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK   9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK   Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.   10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)   11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.   12. Langkah terakhir, tekan 130   13. Saksikan pratonton Mustika.   14. Untuk melanggan:   i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU ii - SMS Mustika ke 32888; ATAU iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.     15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.     Hahahhahaha...mana ada  free Channel  kat ASTRO ni...semua nak kena bayor ...   Takkan aku sorang jer terkena kan....
LU KENA BAB !!!!!


copy from Google Groups

Lelaki Memang Suka "Menakutkan" Perempuan

P.S. : Aku sedang mendengar lagu Irwansyah – Perempuanku, bila aku perasan lirik dia tak puitis mana pun. Tak ada pulak dia mention pasal nak kira butir pasir ke, nak terlentang tertiarap terguling-guling dalam lautan lahar gunung berapi ke, nak berteriak-teriak tarik-tarik rambut sendiri ke apa.
Tapi entah, aku rasa lagu tu cukup manis sekali. Mungkin sebab lirik dia jujur, tak banyak putar-belit dan tak banyak menipu. Tak hipokrit. Polos.
Mungkin juga sebab melodi dia.
Atau mungkin sebab aku ni yang tak romantik langsung sebenarnya.
Alahai… TT^TT

copy from my email...

Sunday, July 17, 2011

Akta15..

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial…Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…
Hamid : “kita nak emanation nie?”
Rosni  : “Tak kisah la…mana-mana pun boleh”
Hamid : “Apa kata kalau kita ke pantai..”
Rosni  : “Saya ok aje…”

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta..,mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta…Mulanya berbual biasa..lama-kelamaan..Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni…nampaknya Rosni tidak membantah…
Beberapa minit kemudian..Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas…Rosni masih tidak membantah…hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi…
Rosni berkata dengan sopan,”Abang Hamid…ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial”..
Setelah mendengarkan teguran Rosni itu…Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni…walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 tu…
Hamid : “Maafkan saya”
Rosni  : “Tak apa”
Lalu mereka pulang…Di rumah..Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15…lalu dia membaca kandungannya berbunyi begini:
“Teruskan Usahamu…Jangan lakukan Separuh Jalan”
Hamid: Cisssss…………(dalam hati)
* hahahaha


Credit To

Saturday, July 16, 2011

Kasih Adik

Hanya satu kisah...
Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!" 
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya
tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi
adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,
terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen
pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat
menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak
membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebaAb tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."