KUALA LUMPUR: Tindakan gereja yang menggunakan pendekatan membantu golongan susah dan kemudian menarik mereka secara perlahan-lahan untuk menganut Kristian adalah rasuah yang tak bermoral.
Bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, perbuatan itu yang dilaksana pendakwah Kristian jelas terkeluar daripada ajaran sebenar agama terbabit yang mengetengahkan pembentukan moraliti. “Tindakan gereja itu satu rasuah yang tak bermoral apabila menggunakan orang susah, membantu mereka dan kemudian menarik mereka perlahan-lahan menganut Kristian.
“Kita tahu cara itu bukan ajaran Kristian sebab didikannya sangat mementingkan pembentukan moral, tapi apa yang dibuat itu adalah daripada pendakwahnya yang tidak bermoral.
“Kalaupun mungkin terdesak untuk mendapatkan penganut, mereka (gereja) tak boleh melanggar moral, nilai Kristian...tetapi apa yang saya bimbang golongan ini gunakan Kristian untuk rosakkan negara kita,” katanya, semalam.
Ahli Majlis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu menjelaskan, keamanan dalam Malaysia selaku negara Islam berkemungkinan besar dicemburui pihak tertentu yang cuba merosakkannya dengan pelbagai cara.
“Kami tahu negara Islam banyak yang bergolak disebabkan campur tangan negara asing, penjajah dan sebagainya, (jadi) saya bimbang ia berlaku di negara kita (menerusi pendekatan di gunakan gereja) sedangkan ajaran Kristian tidak membenarkan begitu.
“Tak ada masalah kalau mahu mengajar, ajarlah...tetapi jangan sampai menggunakan orang susah, konon membantu mereka dan tarik mereka untuk menukar agama.....tak wajar,” katanya.
Katanya, selain Jais, polis juga perlu sama menyiasat perkara terbabit sama ada wujud kemungkinan campur tangan pihak luar yang berselindung di sebalik gerakan gereja untuk mengucar-kacirkan keamanan negara.
Beliau juga bersetuju pembongkaran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap perkara itu suatu yang perlu dilakukan bagi menyedarkan semua pihak sekali gus menggerakkan usaha mengekang penularan aktiviti itu.
“Perkara ini kalau tidak didedahkan akan berlaku krisis agama....lagi parah seperti yang berlaku di negara lain, mungkin akan ada orang Islam ekstrim yang bertindak membakar gereja, kita tak nak ia berlaku.
“Jadi sudah tiba masanya umat Islam bersatu atas dasar akidah walaupun berbeza fahaman politik. Kita kena tegas dalam soal akidah. Jangan ada ahli politik yang menggunakan isu ini dalam tawar menawar politik,” katanya.
cer cuba baca yang ini pula, dan nilai kan..
KUALA LUMPUR: “Kita sedih perkara ini berlaku, malah ada yang menelefon saya pagi tadi (semalam) memberitahu bagaimana dia diperlekehkan ketika meminta bantuan daripada pihak berkuasa sedangkan katanya pihak gereja cepat bertindak.
Beliau mengulas tindakan segelintir umat Islam yang mendapatkan bantuan daripada pihak gereja, malah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya baru-baru ini membongkar segala-galanya. Metro Ahad semalam turut melaporkan luahan seorang wanita dikenali Nur yang tidak mempunyai pilihan lain, dan terpaksa menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja selepas mendakwa sering mendapat cemuhan. Mashitah memberitahu, wanita yang menghubunginya itu adalah salah seorang daripada individu terbabit yang menerima bantuan bulanan selepas dia gagal memperolehnya daripada saluran diusahakan pihak berkuasa.
Katanya, wanita berkenaan yang enggan namanya dikenali, turut mendakwa pernah memohon bantuan dengan pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak mendapat layanan sewajarnya menyebabkan dia kecewa.
“Saya mendengar rintihannya. Dia menceritakan bagaimana pengalamannya dengan pegawai bertugas, dengan pegawai agama yang tidak melayan permohonan bantuan seeloknya tetapi, memberikan pelbagai alasan...masih diproseslah...hari ini cuti dan sebagainya.
“Tetapi katanya, pihak gereja cepat bertindak, mereka bertanya dengan lembut, masukkan duit pun cepat...usaha ada apabila pihak berkenaan turun padang berbanding kita yang menunggu orang datang baru bertindak.
“Tak bermaksud menunding jari terhadap mana-mana pihak, sebaliknya sekadar menyampaikan apa yang disuarakan individu ini supaya dapat dinilai bersama....kalau ada kebenaran atas apa yang didakwa, kita perlu perbaiki...harus segera laksana,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Yang menjadi perkara pokok nya bukan kerna gereja² ini..tetapi pada pendapat aku ini semua adalah kerana kerumitan atau erti kata laen, karenah biokrasi yang ada pada pihak berkenaan dalam pemberian dana pada mereka yg benar² memerlukan.
“Memang ini dakwaan dia, tetapi kita kena siasat dan nilai kembali, adakah benar seperti apa dikatakan, jika betul kita harus bertindak mengubah apa yang patut,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
SUMBER
No comments:
Post a Comment