Monday, December 27, 2010

RENUNGKAN LAH...

"Tuhan Yang Maha Pemurah telah menciptakan kita ikan- ikan di sungai dan lautan, tetapi kita harus mengail mahupun memukat untuk mendapatkannya. Demikian juga jika kamu terus menunggu waktu yang tepat, mungkin kamu tidak akan pernah bermula". Mulai lah sekarang. Mulailah dimana kamu berada sekarang dengan apa adanya.

 Jangan pernah fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tetapi sedarilah bahawa cinta lah yang memilih kita untuk mencintainya. Perkahwinan memang memiliki banyak kesusahan, tetapi kehidupan bujang tidak memiliki kesenangan. Buka mata mu lebar lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya.



 Menikahi wanita atau pria kerana kecantikan atau ketampanannya, sama seperti membeli rumah kerana lapisan catnya. Harta milik yang paling berharga  bagi seorang pemuda di dunia ini adalah hati seorang wanita. Begitu juga persahabatan. Persahabatan adalah satu jiwa dalam dua raga. Persahabatan sejati tidak ubah seperti nikmat kesihatan yang baik, nilainya baru kita sedari setelah kehilangannya.
  
  Seorang sahabat adalah insan yang dapat mendengar lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. Sahabat umpama  'tangan tuhan' untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain. Menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu

Kebenaran                                                                                                                      

   Bertemankanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai di waktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerna semua manusian itu baik kalau kamu mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu mampu melihat keunikannya. Tetapi..semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak bisa melihat kedua duanya sekali.
  
   Begitu juga dengan kebijaksanaan. Kebijaksanaan itu seperti cairan yang mana kegunaannya terletak pada penyerapan yang benar. Orang pintar sekalipun akan gagal apabila mereka memikirkan terlalu banyak hal. Sedangkan orang bodoh sering kali berhasil dengan melakukan tindakan tepat. Dan bahawasanya, keintelektualan sejati tidak datang dari pemikiran kita semata-mata tetapi turut bersandarkan pada perasaan dan fakta.

  Tak seorang pun sempurna, bukan? Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah seorang yang bijak. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah. Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa berada didalam diri kita sendiri.




Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu tetapi sesungguhnya, dapat menghancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan. Bila kita mengisi hati dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa-masa yang akan mendatang, percaya lah. Kita tidak memiliki hari ini untuk disyukuri. Jesteru, jika kamu berfikir tentang hari kelmarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, bererti kamu sudah berada di jalan yang sukses...

Saturday, December 11, 2010

BOLA HITAM & PUTIH

(copy from my email)


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dantak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 laindah ada basikal, dia masih berjalankaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan basikal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih .."

Hek eleh takkan macam tu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Takperlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu saje."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terimaje. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masaberlalu

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagikepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasutroda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan Papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapata hun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya.Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, sibapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu.......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bolaputih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya... Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.."trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di SekMen, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alikdengan bas,   member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari,ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu.Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya.Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangananaknya! MakaditawarkanAnaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Sibapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal...Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam &bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bolahitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pulatak pernah bagi tahu kena padan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti .Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan olehsi bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi,  bulan demi bulan si anak masih lagi menaiki motoooorje.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naikmotoooooorjeeeee .Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Takfaham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So,selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pakcik tak belikan bola hitam bolaputih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2tu..huh..sampaiawek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang ditanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam &bola putih. Nak buat apa lagii...,fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya dihadapan awek anakmya itu,maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,anak muda kan , ketika tenang memandusi anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macam mana doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) : "Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan sibapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bolaputih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untukpersoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"



(anda semua pun ingin tahu kan...?)




Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....


"sebabnya ....saya.. saya...saya...."


*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anaksudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanyatentang bola hitam & bola putih..

Tengok, si bapa yang selalu hidupbersama anaknya pun tak tau....apalagi akuyang cuma bercerita, lagi la taktau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugaknih.Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kataku.

Somewhere I Belong

Somewhere I Belong




(When this began)
I had nothing to say
And I get lost in the nothingness inside of me
(I was confused)
And I let it all out to find
That I’m not the only person with these things in mind
(Inside of me)
But all that they can see the words revealed
Is the only real thing that I’ve got left to feel
(Nothing to lose)
Just stuck, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own

I wanna heal, I wanna feel what I thought was never real
I wanna let go of the pain I’ve felt so long
(Erase all the pain till it’s gone)
I wanna heal, I wanna feel like I’m close to something real
I wanna find something I’ve wanted all along
Somewhere I belong

And I’ve got nothing to say
I can’t believe I didn’t fall right down on my face
(I was confused)
Looking everywhere only to find
That it’s not the way I had imagined it all in my mind
(So what am I)
What do I have but negativity
’Cause I can’t justify the way, everyone is looking at me
(Nothing to lose)
Nothing to gain, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own

I will never know myself until I do this on my own
And I will never feel anything else, until my wounds are healed
I will never be anything till I break away from me
I will break away, I'll find myself today

I wanna heal, I wanna feel like I’m somewhere I belong
I wanna heal, I wanna feel like I’m somewhere I belong
Somewhere I belong 

Tuesday, December 7, 2010

LOMPAT SI BELALANG LOMPAT

 Disebuah hutan, hidup seekor belalang cerdik yang lompatannya paling tinggi diantara belalang lainnya.