"Tuhan Yang Maha Pemurah telah menciptakan kita ikan- ikan di sungai dan lautan, tetapi kita harus mengail mahupun memukat untuk mendapatkannya. Demikian juga jika kamu terus menunggu waktu yang tepat, mungkin kamu tidak akan pernah bermula". Mulai lah sekarang. Mulailah dimana kamu berada sekarang dengan apa adanya.
Jangan pernah fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tetapi sedarilah bahawa cinta lah yang memilih kita untuk mencintainya. Perkahwinan memang memiliki banyak kesusahan, tetapi kehidupan bujang tidak memiliki kesenangan. Buka mata mu lebar lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya.
Menikahi wanita atau pria kerana kecantikan atau ketampanannya, sama seperti membeli rumah kerana lapisan catnya. Harta milik yang paling berharga bagi seorang pemuda di dunia ini adalah hati seorang wanita. Begitu juga persahabatan. Persahabatan adalah satu jiwa dalam dua raga. Persahabatan sejati tidak ubah seperti nikmat kesihatan yang baik, nilainya baru kita sedari setelah kehilangannya.
Seorang sahabat adalah insan yang dapat mendengar lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. Sahabat umpama 'tangan tuhan' untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain. Menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu
Kebenaran
Bertemankanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai di waktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerna semua manusian itu baik kalau kamu mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu mampu melihat keunikannya. Tetapi..semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak bisa melihat kedua duanya sekali.
Begitu juga dengan kebijaksanaan. Kebijaksanaan itu seperti cairan yang mana kegunaannya terletak pada penyerapan yang benar. Orang pintar sekalipun akan gagal apabila mereka memikirkan terlalu banyak hal. Sedangkan orang bodoh sering kali berhasil dengan melakukan tindakan tepat. Dan bahawasanya, keintelektualan sejati tidak datang dari pemikiran kita semata-mata tetapi turut bersandarkan pada perasaan dan fakta.
Tak seorang pun sempurna, bukan? Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah seorang yang bijak. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah. Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa berada didalam diri kita sendiri.
Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu tetapi sesungguhnya, dapat menghancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan. Bila kita mengisi hati dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa-masa yang akan mendatang, percaya lah. Kita tidak memiliki hari ini untuk disyukuri. Jesteru, jika kamu berfikir tentang hari kelmarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, bererti kamu sudah berada di jalan yang sukses...

No comments:
Post a Comment