Sunday, January 22, 2012

Blind TRUST on ALLAH can make POSSIBLE to every IMPOSSIBLE

Seorang budak lelaki buta duduk di kaki tangga sebuah bangunan dengan topi diletakkan di kakinya.Dia mengangkat satu nota yang bertulis," Saya budak buta,tolonglah saya." Hanya ada beberapa keping duit siling di dalam topinya.Tiba tiba datang seorang lelaki dan meletakkan beberapa keping duit siling ke dalam topinya dan kemudian mengambil nota yang ada pada budak buta tersebut,memutarkannya dan lalu menuliskan sesuatu. Kemudian diletakkannya pada tempat asal agar boleh dibaca oleh orang yang lalu lalang.Tidak lama kemudian,topi itu penuh berisi wang.Semakin ramai orang memberi wang kepada budak buta itu.Pada petangnya lelaki tadi datang semula untuk mengetahui apa perkembangan seterusnya. Mendengar derap langkah lelaki tersebut,budak buta itu tahu dan terus bertanya," Awakkah yang mengubah nota saya pagi tadi? Apa yang awak tulis?" Lelaki itu menjawab," Saya cuma menulis sesuatu yang benar.Saya nyatakan apa yang awak nyatakan tapi dalam cara yang berbeda."Apa yang lelaki itu tulis ialah,"HARI INI SUNGGUH INDAH, TAPI SAYA TIDAK MAMPU UNTUK MELIHATNYA...." Apakah anda rasa nota yang pertama dengan nota yang kedua mempunyai maksud yang sama?Sudah tentu maksudnya sama iaitu menyatakan bahawa budak lelaki itu buta.Nota pertama menyatakan dalam bahasa bersahaja bahawa budak lelaki itu buta tetapi nota kedua menyentuh hati orang ramai dengan menyatakan bahawa mereka sungguh bertuah kerana tidak buta! Maknanya nota kedua lebih berkesan!!!Pengajaran dari cerita :~ Bersyukurlah atas apa yang kita ada.~ Jadilah kreatif serta inovatif dalam kehidupan.~ Berfikiran atau berimaginasi kreatif dan positif.Blind TRUST on ALLAH can make POSSIBLE to every IMPOSSIBLE !!!







No comments:

Post a Comment