Sunday, January 22, 2012

Maaf

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup.

Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati.Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang masih hidup, bukan untuk orang yang telah mati.

Bayangkan,isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya,tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh si dia buat selama-lamanya?Sedangkan masih ada yang "tidak selesai" antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia,bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain?Jangan bertangguh lagi, maafkanlah,kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.




No comments:

Post a Comment