Wednesday, November 17, 2010

MANISNYA SEBUAH PENGORBANAN

Telah dua bulan musim hujan berlalu. Pepohon tampak menghijau dari jauh, saujana mata memandang. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang- goyang diterpa angin.
   
 "Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang. "Oh,kamu ulat. Badanmu kelihatan begitu kurus dan lemah sekali,mengapa?" Tanya daun hijau. "Sudah aku mencari-cari dedaun hijau sebagai makananku hari ini tetapi hampa. Adakah engkau sudi untuk membantu"? tanya ulat kecil.
   
 "Tentu sekali. Datanglah lebih dekat," ujar si daun sambil didalam hatinya berkata, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat aku akan tetap hijau. Cuma badanku  akan kelihatan berlubang- lubang. Tapi tidak mengapalah."
    Setelah kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang rela menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun.


   Sekalipun tubuhnya kini berlubang disana sini namun ia berasa sungguh puas hati dan gembira kerana dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar. Tidak lama berselang,ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah disapu orang lalu di bakar.
  Mesejnya, apa yang terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja sesama kita? bukankah dunia ini fana? Pada akhirnya semua yang ada akan mati jua.

  Berkorban kesenangan dan kepentingan diri sendiri demi kepentingan orang lain sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi indah. Ketika bekorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi kehidupan kita kerna kita akan tetap menghijau.
  Bagi daun hijau, berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat rakan- rakan  penghuni alamnya yang lain tersenyum riang kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari tidak akan selamanya hidup sebagai daun hijau. Suatu hari ia akan kering dan jatuh



    


Jadikan lah pengorbanan itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa nikmat serta kepuasan peribadi yang tersendiri. Yang mana sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang senang memberi

Sunday, November 14, 2010

BUANG BEBAN YANG ADA

Suatu ketika, ada seorang guru yang meminta murid- muridnya untuk membawa satu kantung plastik ke sekolah. 
  
Lalu, ia meminta setiap anak untuk memasukkan beberapa kentang ke dalamnya. Setiap anak diminta untuk memasukkan sebiji kentang bagi setiap orang yang tidak mahu mereka maafkan. Mereka diminta untuk menuliskan nama orang itu, dan mencantumkan tarikh didalam nya. 

 Ada beberapa anak yang memiliki kantung yang ringan, walau banyak juga yang memiliki plastik kelebihan bebab. Mereka diminta untuk membawa kantung jernih itu siang dan malam kemana sahaja mereka pergi harus mereka baw, selamat satu minggu penuh. Kantung itu harus ada di sisi mereka kala tidur, diletakkan di meja saat belajar dan di bawa saat berjalan. Lama kelamaan keaadan kentang itu makin tidak menentu. Banyak dari kentang ituu yang membusuk dan mengeluarkan bau yang busuk. Hampir semua anak mengeluh dengan tugasan ini. Dan akhirnya, waktu satu minggu itu selesai. Dan semua anak, agaknya banyak yang memilih untuk membuangnya daripada menyimpannnya terus menerus. Suka- duka saat membawa- bawa kantung yang berat akan menjelaskan pada mereka bahawa membawa beban itu sesungguhnya sangat tidak menyenangkan. 

  

 Memaafkan sebenarnya adalah pekerjaan yang lebih mudah daripada membawa semua beban itu kemana sahaja kaki kita melangkah. Ini adalah sebuah perumpamaan yang baik tentang harga yang harus kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan, dan dendam yang kita genggam terus menerus, getir, berat dan meruapkan aroma yang tidak enak bole terjadi. 
Itulah nilai yang akan kita dapatkan saat memendam amarah dan kebencian. 

 Sering kita berfikir, memaafkan adalah hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun, kita harus kembali belajar bahawa pemberian itu adalah juga hadiah buat diri kita sendiri . Hadiah, untuk sebuah kebebasan. Kebebasan dari rasa tertekan, rasa dendam, rasa amarah serta kedegilan hati...

BELAJAR MENULIS DI ATAS PASIR


Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah tengah perjalanan, tiba- tiba sahaja tercetus pertengkaran diantara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa- apa, B menulis di atas pasir; Hari ini, sahabat baikku, telah menampar muka ku. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi oasis tersebut sebelm meneruskan perjalanan yang masih jauh.



















Dalam mereka asyik membersihkan diri masing- masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabat nya, A.
Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu: Hari ini, sahabat baik ku telah menyelamatkan nyawaku.
A bertanya: "Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis diatas pasir.

Dan sekarang kenapa pula kau menulis di atas batu"?
Sambil tersenyum, B berkata: "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu."

Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza beza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.!!

Friday, May 21, 2010

Photography



Nak kata amatur memang sah tak..
Nak kata beginner pun tak,
Dari minat tgk gambar, muncul lak minat untuk mengambil gmbar..secara tak langsung ada lak minta aku jadi photographer utk office aku.. dalam usia setaun jagung, byak yg aku perolehi, pengalaman aku amek gmbar tanpa seseorng bernama guru..hanya berbekalkan mentor dari kawan2..ermm, terasa pas nih nk lak belajar macam mana nak shoot gambar pengantin lak..bolew wat site income.





1 gambar mempunyai 1001 maksud..