Telah dua bulan musim hujan berlalu. Pepohon tampak menghijau dari jauh, saujana mata memandang. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang- goyang diterpa angin.
"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang. "Oh,kamu ulat. Badanmu kelihatan begitu kurus dan lemah sekali,mengapa?" Tanya daun hijau. "Sudah aku mencari-cari dedaun hijau sebagai makananku hari ini tetapi hampa. Adakah engkau sudi untuk membantu"? tanya ulat kecil.
"Tentu sekali. Datanglah lebih dekat," ujar si daun sambil didalam hatinya berkata, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat aku akan tetap hijau. Cuma badanku akan kelihatan berlubang- lubang. Tapi tidak mengapalah."
Setelah kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang rela menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun.
Sekalipun tubuhnya kini berlubang disana sini namun ia berasa sungguh puas hati dan gembira kerana dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar. Tidak lama berselang,ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah disapu orang lalu di bakar.
Mesejnya, apa yang terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja sesama kita? bukankah dunia ini fana? Pada akhirnya semua yang ada akan mati jua.
Berkorban kesenangan dan kepentingan diri sendiri demi kepentingan orang lain sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi indah. Ketika bekorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi kehidupan kita kerna kita akan tetap menghijau.
Bagi daun hijau, berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat rakan- rakan penghuni alamnya yang lain tersenyum riang kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari tidak akan selamanya hidup sebagai daun hijau. Suatu hari ia akan kering dan jatuh
Jadikan lah pengorbanan itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa nikmat serta kepuasan peribadi yang tersendiri. Yang mana sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang senang memberi

No comments:
Post a Comment