Wednesday, November 24, 2010

KITA TEMPAYAN RETAK

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar,
masing masing bergantung pada kedua hujung satu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satu laginya tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dpat membawa air penuh, setelah perjalann panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh
  Selama 2 tahun hal itu terjadi setiap ari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang utuh berasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun, si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian seterusnya.
  Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata pada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf kepadamu." " Kenapa kamu berasa malu?" tanya si tukang air. "Saya hanya mampu selama 2 tahun ini membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnyasayga bawa kerana ada nya retakan pada sisisaya uang membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuat mu rugi". kata tempayan itu.
 Si tukang air berasa kasihan pada si tempayan retak dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga bunga indah di sepanjang jalan". Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru saja menyedari bahawa ada bunga2 indah di sepanjang sisi jalan dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali die minta maaf pada si tukang air atas kegagalannya


 Si tukang air berkata kepada tempayan itu, " Apakah kamu memerhatikan adanya bunga bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan disisi tempayan yang utuh? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih benih bunga disepanjang jalan disisi mu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air kamu mengairi benih benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada , majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."


 Setiap daripada kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri, Kita semua adalah tempayan retak. Namun usah takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat memanfaatkan orang lain. Tidak ada yang terbuang percuma di mata- Nya. ketahuilah, didalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita. Seseorang disebut sebagai orang yang sukses jika ia mampu terus hidup dan menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran didada...






-Chal-

1 comment:

  1. Benarlah kite sume mmg tempayan retak cuma kite jerk yg tidak sedari sume tu..

    ReplyDelete